Friday 20 January 2017

AISKRIM HOMEMADE TANPA SUSU CAIR

AISKRIM HOMEMADE TANPA SUSU CAIR


           Sebutan pertama aiskrim berasal daripada bahasa Amerika. Jakson August merupakan orang pertama yang berasal daripada Philadehphia yang menemui cara penghasilan aiskrim pada tahun 1832. Kedai aiskrim pertama yang dibuka di New York City adalah pada tahun 1776. Mesin aiskrim manual pertama dicipta oleh Nancy Johnson dan kemudiannya dipatenkan oleh Johson Patent Ice Cream Freezer. Alfred L.Cralle merupakan pencipta untuk senduk aiskrim pertama pada tahun 1897.
              
                Aiskrim cornetto telah dicipta dan dipopularkan sejak tahun 1904 lagi. Ianya masih popular sehingga sekarang. Rakyat Amerika merupakan golongan yang paling banyak makan aiskrim. Rata-ratanya setiap orang menghabiskan 15-20 liter setahun. Di Amerika, aiskrim merupakan pencuci mulut yang paling disukai jika dicampurkan dengan biskut.
               
                 Aiskrim mula dihasilkan pada tahun 1600. Aiskrim merupakan makanan yang sering dihidangkan kepada golongan diraja khususnya di England. Thomas Jefferson merupakan orang pertama yang memiliki resepi untuk pembuatan aiskrim berperisa vanilla pada suatu masa dahulu. Pada tahun 1847, Nanci Johnson telah mencipta kejayaan dengan mencipta mesin pembuat aiskrim yang dikenali sebagai hand-crank. Namun, dia kemudiannya menjual hasil ciptaannya yang diberi nama ‘Johnson Paten Ice Cream Freezer’ kepada William Young. Pada tahun 1851, Jacob Fussell telah menjadikan penghasilan aiskrim sebagai satu industri terbesar di Amerika Syarikat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat telah mewujudkan Bulan Aiskrim Kebangsaan yang disambut pada bulan Julai setiap tahun.

               Susu cair atau susu skim merupakan susu tanpa lemak. Ianya ialah susu segar yang mana lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus. Biasanya susu skim cecair ini melalui proses pempasteuran dan boleh didapati di mana-mana ruangan sejuk dipasaraya. Antara contoh produk jenis ini ialah susu skim F&N Magnolia.

Bahan-bahan:
·        1 tin susu pekat manis
·        2 tin air masak (sukat menggunakan tin susu)
·        1 sudu besar ovalet
·        1 penutup esen vanilla
·        2 sudu besar tepung jagung
·        2 sudu besar serbuk koko
·        Pewarna merah jambu
·        Sedikit perisa strawberry


Cara-cara penyediaan:
·        Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk.
·        Masukkan tepung jagung, kacau rata (tepung jagung ditambah supaya aiskrim tidak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
·        Kacau di atas api hingga agak-agak tepung tadi masak.
·        Kacau sekejap sehingga mendidih.
·        Biarkan sejuk.
·        Setelah sejuk, angkat adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk besar dan tambahkan ovalet esen vanilla.
·        Jika tuang ke dalam mangkuk mixer, pastikan mangkuk tersebut besar kerana adunan akan bertambah atau naik selepas dipukul.
·        Pukul dengan menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
·        Pukul sehingga gebu dan ringan.
·        Mula-mula, adunan itu kelihatan sedikit, namun selepas dipukul, adunan akan bertambah dan naik. Teksturnya lebih kurang adunan kek, sedikit likat.
·        Bahagian adunan kepada beberapa bahagian.
o   1 adunan asal – vanilla
o   1 adunan bubuh perisa strawberry dan pink colour – 1 penutup perisa strawberry dan 1 penutup warna pink.
o   1 lagi bubuh serbuk koko/ perisa coklat – 1 penutup perisa coklat dan 1 penutup pewarna coklat.
·        Selepas itu, bolehlah dicorakkan seperti aiskrim marble, tuang secara berselang-seli sehingga habis.
·        Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais, simpan seelok-eloknya semalaman.

·        Apabili sudah beku atau keras, bolehlah dinikmati bersama keluarga.

4 comments:

  1. Emperor Casino - The Shootercasino
    Emperor Casino is located in the beautiful Tohono Mountains of Japan. The casino has over 600 of the 제왕카지노 newest games including:  Rating: 4 · หารายได้เสริม ‎10 votes 바카라

    ReplyDelete
  2. Best Casinos in Vegas - Mapyro
    Las 화성 출장마사지 Vegas casinos are 속초 출장안마 ranked by number of slots played, and 전라남도 출장안마 the number of tables and games that they offer is quite 성남 출장안마 high. If you've eaten here a while, 파주 출장샵

    ReplyDelete