AISKRIM HOMEMADE TANPA
SUSU CAIR
Sebutan pertama aiskrim berasal
daripada bahasa Amerika. Jakson August merupakan orang pertama yang berasal
daripada Philadehphia yang menemui cara penghasilan aiskrim pada tahun 1832.
Kedai aiskrim pertama yang dibuka di New York City adalah pada tahun 1776.
Mesin aiskrim manual pertama dicipta oleh Nancy Johnson dan kemudiannya
dipatenkan oleh Johson Patent Ice Cream Freezer. Alfred L.Cralle merupakan
pencipta untuk senduk aiskrim pertama pada tahun 1897.
Aiskrim cornetto telah dicipta dan
dipopularkan sejak tahun 1904 lagi. Ianya masih popular sehingga sekarang.
Rakyat Amerika merupakan golongan yang paling banyak makan aiskrim. Rata-ratanya setiap orang menghabiskan 15-20 liter setahun. Di
Amerika, aiskrim merupakan pencuci mulut yang paling disukai jika dicampurkan
dengan biskut.
Aiskrim mula dihasilkan pada tahun
1600. Aiskrim merupakan makanan yang sering dihidangkan kepada golongan diraja
khususnya di England. Thomas Jefferson merupakan orang pertama yang memiliki
resepi untuk pembuatan aiskrim berperisa vanilla pada suatu masa dahulu. Pada
tahun 1847, Nanci Johnson telah mencipta kejayaan dengan mencipta mesin pembuat
aiskrim yang dikenali sebagai hand-crank.
Namun, dia kemudiannya menjual hasil ciptaannya yang diberi nama ‘Johnson Paten
Ice Cream Freezer’ kepada William Young. Pada tahun 1851, Jacob Fussell telah
menjadikan penghasilan aiskrim sebagai satu industri terbesar di Amerika
Syarikat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat telah mewujudkan Bulan Aiskrim Kebangsaan
yang disambut pada bulan Julai setiap tahun.
Susu
cair atau susu skim merupakan susu tanpa lemak. Ianya ialah susu segar yang
mana lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5
peratus. Biasanya susu skim cecair ini melalui proses pempasteuran dan boleh
didapati di mana-mana ruangan sejuk dipasaraya. Antara contoh produk jenis ini
ialah susu skim F&N Magnolia.
Bahan-bahan:
·
1 tin susu pekat manis
·
2 tin air masak (sukat
menggunakan tin susu)
·
1 sudu besar ovalet
·
1 penutup esen vanilla
·
2 sudu besar tepung jagung
·
2 sudu besar serbuk koko
·
Pewarna merah jambu
·
Sedikit perisa strawberry
Cara-cara penyediaan:
·
Masukkan susu pekat manis dan
air masak ke dalam periuk.
·
Masukkan tepung jagung, kacau
rata (tepung jagung ditambah supaya aiskrim tidak cepat cair apabila
dikeluarkan nanti)
·
Kacau di atas api hingga
agak-agak tepung tadi masak.
·
Kacau sekejap sehingga
mendidih.
·
Biarkan sejuk.
·
Setelah sejuk, angkat adunan
tadi dan masukkan ke dalam mangkuk besar dan tambahkan ovalet esen vanilla.
·
Jika tuang ke dalam mangkuk
mixer, pastikan mangkuk tersebut besar kerana adunan akan bertambah atau naik
selepas dipukul.
·
Pukul dengan menggunakan mixer
dengan kelajuan tinggi.
·
Pukul sehingga gebu dan ringan.
·
Mula-mula, adunan itu kelihatan
sedikit, namun selepas dipukul, adunan akan bertambah dan naik. Teksturnya
lebih kurang adunan kek, sedikit likat.
·
Bahagian adunan kepada beberapa
bahagian.
o
1 adunan asal – vanilla
o
1 adunan bubuh perisa
strawberry dan pink colour – 1 penutup perisa strawberry dan 1 penutup warna
pink.
o
1 lagi bubuh serbuk koko/
perisa coklat – 1 penutup perisa coklat dan 1 penutup pewarna coklat.
·
Selepas itu, bolehlah
dicorakkan seperti aiskrim marble, tuang secara berselang-seli sehingga habis.
·
Tutup bekas dan masukkan ke dalam
peti ais, simpan seelok-eloknya semalaman.
·
Apabili sudah beku atau keras,
bolehlah dinikmati bersama keluarga.